Nadia Tunang


Pada 13hb Disember 08(Sabtu) yang lalu..sepupu kita, Cik Azatul Nadia bt Abdul Razak iaitu anak kepada Auntie Nora telah selamat ditunangkan dengan pasangannya, Encik Yazul Ashraf.
Nadia sgt berseri-seri pada hari itu.
















Atas ni gambar selepas ditunangi..bergambar dengan kazen2..Maklong lak leh terselit situ..tunggu giliran ye Maklong..hehehe..

Semoga Nadia n Zul dimurahkan rezeki dan dapat dipercepatkan hari perkahwinan..
Amin..



Gambar Arwah Atok n Tok Abah

Wahai sedara mara ku sekelian, kali ni saya upload gambar arwah tok mak n tok abah buat tatapan dan simpanan semua. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.


Bagi sesiapa yang ada koleksi gambar2 lama family Mariahmajizat, sila scan dan emailkan kepada mariahmajizat@gmail.com ok!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua ahli keluarga Hj Majizat & Hjh Mariah. Semoga Aidil Adha ini akan mengajar kita semua erti pengorbanan.. Kepada sesiapa yang balik Johor untuk beraya, pandulah kereta dengan berhati-hati ye...

Dari Ahli Komitee
Keluarga Mariah Majizat

Pengorbanan Ibrahim patut dicontohi,
Ketaatan Ismail wajar diikuti,
Kesetiaan Hajar lambang kasih sejati,
Bersama hayati erti pengorbanan sebenar...

Selamat Datang

Nampaknya beberapa ahli keluarga yang dapat 'online' dah mula memberi respon kepada website family Hj Majizat&Hjh Mariah ni sebelum sempat org yang 'create' web blog ni beri sepatah dua kata..hehe..bukan ape,sibuk sket lah ujung tahun ni..ni balik cuti raya haji baru ada 'tempoh bertenang' sket ni ha...

Selamat datang saya ucapkan kepada semua sedara mara khususnya dan pembaca lain amnya.Website ini telah dibangunkan untuk memudahkan seluruh ahli keluarga berhubung dan mengetahui informasi terkini tentang ahli keluarga & event-event keluarga seperti pertunangan,perkahwinan,hari jadi dan juga event family day yang InsyaAllah akan diadakan setiap tahun.

Setelah membuat kajian yang dijalankan oleh AJK2 tertinggi commitee,kami mendapati seluruh ahli keluarga MariahMajizat adalah seramai hampir 90 orang.Erm...ramai? Baru tau ek..tu pun belum termasuk 'ahli-ahli' yang bakal lahir dalam tahun 2009 nnti..huhu..

Sekian dulu untuk ucapan selamat datang.Saya tgh prepare untuk memasukkan minit2 mesyuarat pertama AJK2 yang telah diadakan pada 29 Nov 08 yang lalu(Sabtu).
Tunggu....
-syima

GAMBAR-GAMBAR OSIH KAWIN



Saudara2ku Sekalian,

Disini, disertakan gambar-gambar sewaktu Osin kawin...





First Meeting For Mariah Majizat Family Day Event



Assalamualaikum...saudara-saudaraku sekalian...
Pada hari ahad yang lepas, kita telah mengadakan mesyuarat pertama berkenaan dengan rancangan kita semua untuk mengadakan 'Family Day MariahMajizat'. Semua yang hadir nampaknya setuju untuk mengadakan event yang julung-julung kali diadakan ini. Semuga hasrat ini dapat dilaksanakan dengan baik, Insyaallah...

Walaubagaimanapun, siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti lokasi event dan ongkosnya. Setelah siasatan habis dijalankan, barulah ongkos yang akan terlibat dapat di beritahu. Pihak komiti juga sedang mengenalpasti tarikh yang sesuai bagi acara ini dijalankan..

Disertakan disini gambar-gambar semasa meeting tersebut dijalankan.. sesiapa yang nak, sila copy dan print lah sendiri ye.

Sebarang pertanyaan atau suggestion, boleh lah post melalui blog ini..

Sekian Terima Kasih